Showing posts with label santai. Show all posts
Showing posts with label santai. Show all posts

whoaaa ! dah lama siaaa

peh peh peh. eversince i stepped in UiTM puncak alam terus lupa blog. haha. a lot of story lahh kan tak dapat nak share kat dalam blog terchenta ni :) sorry sangat2 sebab lately busy gila. penat pun satu hal. balik bilik nampak laptop and katil, for suree katil is my aim. hahaha ! malaslahh nak update blog time penat, otak blank bila nak start typing. hehe. so far kat sini okayy. happy. cuma everyday word that i selalu zikir kt sini ialah penat ! lagi2 lepas naik tangga ke syurga tuu. hahaha. weekends kat sini bebas. bestlaaahhh. aktahu nak describe macam mana. places for class juga mantoppp! memang sedap buat tahi mata especially time kuliah. hehe. to my adek2 or junior2. blajar rajin2 nanti boleh masuk sini. seronok. tp dapat further overseas lagi bagus :)
k la, dah start speechless. nanti nak share some photo lepak2 every weekend kat KL
till then. love you all.

xoxo, piqa

Selamat Hari Ibu kepada semua ibu di seluruh pelosok duniaa :)

assalamualaikum semua pembaca setia. maaflah lama tak post entry baru :) ni tiba tiba terasa sanggup nak bersengkang mata kejap menaip di sini. sebenarnya nak ucapkan selamat hari ibu kepada semua wanita-wanita yang bergelar ibu :) 
di sini jugak nak wish kat mama tersayang, selamat hari mama. piqa sayang mama sentiasa and sampai bila-bila. bukan hari ibu je piqa akan ingat mama. setiap masa okay ma. mama nak pergi umrah lagi dua minggu tiba- tiba piqa rasa sedih pula nak lepaskan mama and ayah. risau kesihatan dan keselamatan korang. dahla piqa baru nak melangkah masuk U. piqa bersyukur sangat sebab daftar U 22 haribulan. mama terbang 23. huaaaa :( kalau mama tak hantar mesti piqa rasa sedih sangat. lagi lagi tengok orang lain parents hantar. (mengada macam budak darjah satu). Ya Allah, ya Tuhanku. kau berikanlah kesejahteraan kepada kedua ibu bapa ku sepanjang mereka di tanah-Mu Ya Allah, Kau lancarkanlah urusan mereka. tenangkanlah hati mereka dan janganlah Engkau menduga mereka dengan dugaan yang mereka tidak mampu menhgadapinya. selamatkanlah perjalanan pergi dan balik mereka Ya Allah. Kau lindungilah mereka dari sebarang kecelakaan dan gangguan syaitan Ya Allah. jauhilah mereka daripada perkara2 buruk dan perkara2 keji sepanjang mereka di sana. amin  ya rabbal alaminnn . doakan kedua ibu bapa saya ya :) terima kasih ! sayang korang. terharuuuu >.<

k la, nak out dulu mengantuk. terima kasih daun ketupat dah baca respon cepat ! haha :)
love,XOXO
piqa


cerita ending with "hahahahahaha"

HARTA PUSAKA NENEK
Setelah sekian lama di perantauan akhirnya Rahmat pulang ke kampung untuk berjumpa dengan neneknya.

Nenek : "Rahmat, nenek sudah tidak kuat lagi, nenek minta kamu sambung mengusahakan kebun nenek..."

Rahmat : "Jangan cakap macam tu, nek..." (dalam hati, tak sia-sia aku balik kampung... dapat pulak harta pusaka nenek).

Nenek : "Segala isi perkebunan, ternakan, villa, traktor untuk kamu. Tolong jaga baik-baik, jangan lupa disiram tiap hari tanaman nenek."

Rahmat : "Baik nek, nenek jangan bimbang tentang hal itu... Tapi dimana kebun nenek? Rahmat tidak pernah tahu?"

Nenek : "Di Facebook nenek, FARMVILLE, nanti nenek bagi tau passwordnya."

Rahmat : "?????"




HADIAH PERPISAHAN GURU BESAR
Ketika itu adalah akhir tahun persekolahan, dan seorang Guru Besar sedang menerima hadiah dari murid-muridnya. Salmi anak kepada seorang pemilik kedai bunga memberinya hadiah. Guru Besar menggoyangkan kotak hadiah itu, memegangnya di atas kepala, dan berkata, "Aku yakin aku tahu apa ini. Beberapa kuntum bunga..?"

"Itu benar" anak murid itu berkata, "tapi bagaimana Cikgu tahu?"

"Oh, hanya meneka," katanya.

Murid berikutnya adalah anak perempuan kepada seorang pemilik kedai manisan. Guru Besar memegang hadiah itu, menggoyangnya, dan berkata, "Aku yakin aku boleh meneka apa ini. Sebuah kotak gula-gula."

"Itu benar, tapi bagaimana Cikgu tahu?" tanya murid itu.

"Oh, hanya meneka," kata Guru Besarnya.

Hadiah berikutnya adalah dari anak seorang pemilik kedai minuman keras. Guru memegang kotak hadiah itu, tapi kotak itu bocor. Dia menyentuh setitik kebocoran itu dengan jarinya dan menyentuh ke lidahnya.

"Apakah anggur?" ia bertanya. "Tidak," jawab anak murid itu, dengan gembira.

Guru mengulanginya, mengambil cairan dari kotak yang bocor itu ke lidahnya.

"Apakah champagne?" ia bertanya.

"Tidak," jawab anak murid itu, dengan lebih banyak tersenyum.

Guru merasai lagi sebelum menyatakan,

"Aku menyerah, apa ini?"

Anak murid itu menjawab, "Itu anak anjing!"

HADIAH CINCIN BERLIAN
Seorang isteri merajuk kepada suaminya kerana tidak membelikan kereta sebagai hadiah harijadinya. Tetapi suaminya membelikan cincin berlian yang luar biasa indahnya. Kawan-kawan suaminya merasa hairan dengan pilihan tersebut.

Salah seorang rakan lelaki tersebut bertanya, "Mengapa kamu membelikan isteri mu cincin berlian, bukannya kereta?"

Lelaki tersebut tersenyum dan berkata, "Susah mencari kereta palsu."

ihsan daripada : internet ! haha. http://gelihati.blogspot.com/
thanks !


hasil bersengkang mata cik ZatySyafiqahZulkarnain